Corak Kebotakan Lelaki
Corak Kebotakan Wanita
Keguguran Rambut Pra-Matang
Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Kelemumur
Rambut Beruban
Kebotakan Bertompok
Dermatitis Seborrheic
Penuaan Kulit Kepala arrow

Apakah Penuaan Kulit Kepala?

Kulit kepala yang menua menjadi semakin nipis dan akan kehilangan keanjalannya. Jumlah salur-salur darah dalam dermis akan berkurangan. Pada waktu yang sama rambut akan kerap kehilangan warnanya, dan folikel akan berkurangan pada kulit kepala. Ini akan mengakibatkan penipisan rambut dan seterusnya kebotakan.

Kulit kepala adalah kulit yang paling cepat menua berbanding bahagian-bahagian kulit yang lain, iaitu 12 kali lebih cepat dari kulit badan dan 6 kali lebih cepat berbanding kulit wajah.

Kulit kepala Sihat Kulit kepala Menua
healthy_scalp aged_scalp
• Kulit kepala lebih tebal
• Folikel lebih besar
• Akar rambut lebih besar
• Lebih banyak salur darah
• Fasa Anagen Lebih Panjang
• Imuniti lebih baik
• Kulit kepala menipis
• Folikel mengecil
• Akar Rambut Mengecil
• Salur-salur darah berkurangan
• Fasa Telogen Lebih Panjang
• Imuniti Rendah

Berapa Cepatkah Rambut Tumbuh?

Pada kasarnya kecepatan pertumbuhan rambut adalah
1.25 sm / bulan, 15 sm / tahun.

Kulit kepala Yang Menua

Kecepatan pertumbuhan rambut mungkin akan menurun 80%.
Rambut mungkin hanya tumbuh sehingga 0.25 sm / bulan.

Punca-punca Kulit kepala menua:

- Pengurangan dalam tahap kolagen
- Bekalan khasiat yang berkurangan
- Pengaliran darah yang semakin buruk
- Masalah buah pinggang dan hati

sam