Corak Kebotakan Lelaki
Corak Kebotakan Wanita
Keguguran Rambut Pra-Matang
Keguguran Rambut Selepas Bersalin arrow
Kelemumur
Rambut Beruban
Kebotakan Bertompok
Dermatitis Seborrheic
Penuaan Kulit Kepala
Apakah Keguguran Rambut Selepas Bersalin?

Kehamilan boleh memberikan kesan yang menakjubkan kepada rambut seseorang wanita. Dari bulan keempat kehamilan rambut akan berada pada keadaan yang paling baik. Ia lebih berkilat, lebih lebat, lebih mudah untuk diurus, kurang berminyak, kurang kelemumur dan masalah-masalah kulit kepala juga akan berkurangan. Keadaan rambut yang yang lebih baik ini diakibatkan dari peningkatan dalam hormon-hormon seks wanita (terutamanya estrogen).

Namun selepas kandungan dilahirkan, akan selalu terjadi keguguran rambut akibat dari hormon-hormon tersebut mula berkurangan kepada tahap biasa. Rambut yang gugur selepas kelahiran kandungan adalah rambut yang kebiasaannya akan gugur sewaktu sembilan bulan kehamilan tetapi tidak gugur dan kini akan gugur dari bulan kedua hingga keenam selepas kelahiran bayi.

Keguguran rambut selepas kehamilan menimpa hampir 40% dari wanita yang mengandung dan boleh menjadi suatu pengalaman yang menakutkan serta mengecewakan. Walaupun rambut baru tidak dihasilkan, folikel-folikel kekal hidup, memberi harapan bahawa rambut baru masih boleh tumbuh. Namun sekiranya tidak dirawat, ia boleh menjadi kehilangan rambut yang kekal. Keguguran rambut juga ketara pada wanita-wanita yang menyusukan bayi mereka.

 

 

su_wei