Corak Kebotakan Lelaki
Corak Kebotakan Wanita
Keguguran Rambut Pra-Matang
Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Kelemumur arrow
Rambut Beruban
Kebotakan Bertompok
Dermatitis Seborrheic
Penuaan Kulit Kepala
Apakah Kelemumur?

• Kelemumur – Pengelupasan yang berlebihan sel-sel mati dari kulit kepala.
• Penyebab-penyebab kelemumur boleh dibahagikan kepada penyebab-penyebab dalaman
  dan luaran.


Penyebab Dalaman Penyebab Luaran
(a).Ketidakseimbangan hormon.
(b).Kesihatan yang tidak baik.
(c).Tahap kebersihan yang rendah.
(d).Alergi yang terlampau sensitif.
(e).Rehat yang tidak cukup.
(f).Tekanan emosi.
(g).Pengambilan gula,lemak dan kanji yang berlebihan.
(h).Kekurangan zat-zat.
(i).Kecenderungan keturunan.
(a).Penggunaan semburan dan gel rambut yang berlebihan.
(b).Penggunaan produk-produk pewarna rambut yang salah atau penggunaan pengkerinting rambut panas atau seterika pengkerinting yang berlebihan.
(c).Cuaca sejuk dan pemanas udara dalaman yang kering.
(d).Tekanan dan kerisauan.
(e).Tidak kerap bersyampu atau pembersihan kulit kepala dan rambut yang tidak cukup.

Mitos-mitos tentang Kelemumur

(a). Kelemumur diakibatkan oleh bakteria.
Sebenarnya bakteria tidak mengakibatkan kelemumur tetapi menjadikan keadaannya lebih teruk.

Kelemumur adalah tempat yang amat sesuai bagi bakteria. Sekiranya kelemumur telah ditemui pada kulit kepala, bakteria akan tinggal di situ dan bercambah sehingga menjadikan kelemumur lebih serius.

(b). Kelemumur hanya boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai kulit kepala yang kering.
Kelemumur boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai kulit kepala kering ataupun berminyak.

(c).Pada realitinya, kelemumur tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Ini adalah kerana kelelumur yang ditemui pada sikat, berus rambut dan bantal adalah sel-sel yang telah mati.

isaac