Alopecia adalah ungkapan umum yang merujuk kepada keguguran rambut yang kebiasaannya menjejaskan kulit kepala. Bagaimanapun terdapat beberapa jenis Alopecia yang berbeza, setiap masing-masing dengan sebab dan kesan yang berbeza kepada tubuh dan memerlukan rawatan-rawatan berbeza. Alopecia boleh dikesan pada bahagian depan dan atas kepala sebagaimana yang biasa pada corak kebotakan lelaki. Ia mungkin bertompok sebagaimana keadaan yang dipanggil Alopecia Areate. Atau ia mungkin melibatkan keseluruhan kepala sebagaimana dalam kes Alopecia Totalis. Dalam kes-kes yang lebih teruk, ia boleh melibatkan keseluruhan badan sebagaimana Alopecia Universalis.
|
Alopecia Areata
Sejenis penyakit auto-imunisasi rambut. Ia adalah tompokan rambut sederhana pada kulit kepala; beberapa tompokan kecil pada kawasan kulit kepala muncul dan akhirnya bercantum bagi membentuk tompokan-tompokan yang lebih besar. Kulit pada tompokan tersebut adalah rata, pucat dan berkilat; tanpa sebarang rambut yang kelihatan sama sekali. |
|
Alopecia Totalis
Merujuk kepada kehilangan rambut secara menyeluruh pada kulit kepala. |
|
Alopecia Universalis
Merujuk kepada kehilangan keseluruhan rambut pada kulit kepala dan juga tubuh. |
|
|
Apakah yang mengakibatkan Alopecia Areata, Totalis dan Universalis?
Kajian-kajian perubatan terkini telah merumuskan bahawa ketiga-tiga jenis alopecia ini diakibatkan oleh keabnormalan dalam sistem imunisasi. Kesannya ialah sistem imunisasi tersebut menyerang tisu-tisu tertentu dalam badan. Melalui alopecia, folikel-folikel rambut yang terlibat akan diserang secara salah dan berkumpulan oleh sistem imunisasi seseorang (sel-sel darah putih), mengakibatkan peringkat pertumbuhan rambut terbantut. Folikel-folikel yang terlibat menjadi amat kecil, mengalami penurunan pengeluaran secara drastik, dan tidak menghasilkan rambut yang jelas di atas permukaan selama beberapa bulan atau tahun. Kulit kepala adalah kawasan yang paling biasa terjejas, namun janggut atau kawasan-kawasan berambut yang lain juga boleh terjejas samada secara sendiri atau bersesama.
Kajian yang telah dilakukan menunjukkan terdapat hubungkait genetik dengan mereka yang disahkan menghidap alopecia. Majoriti besar dari mereka yang menghidap alopecia mempunyai gen keturunan yang boleh menjadi punca kepada masalah keguguran rambut mereka.
Adakah tekanan psikologi jangka panjang dan kejutan ekstrim boleh mencetuskan alopecia? Ramai dari mereka yang baru mengalami alopecia pernah mengalami tekanan-tekanan dalam hidup, seperti masalah-masalah kerja, keluarga, mengalami kematian, pembedahan, kemalangan dan sebagainya. |