Corak Kebotakan Lelaki
Corak Kebotakan Wanita
Keguguran Rambut Pra-Matang arrow
Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Kelemumur
Rambut Beruban
Kebotakan Bertompok
Dermatitis Seborrheic
Penuaan Kulit Kepala
Apakah Keguguran Rambut Pra-Matang?

Keguguran rambut pra-matang bermaksud rambut mula gugur secara beransur-ansur sewaktu remaja dan akhirnya mengakibatkan kebotakan.

Walaupun kadangkala keguguran rambut pra-matang dianggap sebagi simbol kepintaran dan kekayaan, namun terdapat ramai remaja yang risau berkenaan masalah keguguran rambut pra-matang mereka.Keguguran rambut pra-matang kebiasaannya berlaku di kalangan remaja berusia 20an ke atas. Gejala-gejala keguguran rambut boleh muncul secara tiba-tiba dan dramatik. Bagi kes-kes serius, ia mungkin mengakibatkan kehilangan rambut sama sekali apabila mencapai umur 30an.

Keguguran rambut pra-matang kebiasaannya akan bermula pada gigi rambut. Gigi rambut pada dahi akan beransur-ansur ke belakang ataupun rambut pada puncak kepala menjadi nipis dan terus menipis sehingga akhirnya mengakibatkan kebotakan.

Folikel-folikel rambut orang yang mengalami keguguran rambut pra-matang akan mengecut secara beransur-ansur dan akhirnya digantikan dengan rambut-rambut halus. Fasa anagen folikel-folikel ini juga pendek dan purata folikel-folikel telogen adalah tinggi. Selain dari itu, kulit kepala mereka juga nipis sementara akar rambut mereka juga lemah dan rambut akan jatuh dengan mudah. Bagi kes-kes serius mereka akan akhirnya kehilangan kedua-duanya iiaitu rambut halus dan juga folikel-folikel.

dht


Punca-punca keguguran rambut pra-matang masih belum diketahui. Bagaimanapun, para penderitanya kebiasaannya mempunyai sejarah keluarga yang lebih jelas, genetik serta tahap androgen dan DHT dalam darah yang lebih tinggi.

Selain dari itu, tahap reductase dalam darah mereka juga adalah tinggi berbanding orang biasa. Tahap reductase pada rambut occipital adalah lebih rendah berbanding kulit kepala bahagian depan dan keguguran rambut androgenetik kebiasaannya berlaku pada bahagian depan kepala. Segala gejala ini menunjukkan bahawa reductase mungkin menjadi salah satu punca keguguran rambut androgenetik.

Tahap keguguran rambut pra-matang akan meningkat dengan usia. Oleh itu, penderita keguguran rambut pra-matang adalah digalakkan untuk mendapatkan rawatan AWAL bagi mengelakkan kehilangan folikel-folikel rambut.

ymk