1300-888-101
whatsapp017-4568101

Corak Kebotakan Lelaki

Apakah Corak Kebotakan Lelaki ?

Masalah Rambut Lelaki adalah masalah rambut paling biasa dialami oleh lelaki. Kebiasaannya ia mengikut pola yang tipikal iaitu kesusutan garis rambut dan penipisan rambut pada puncak kepala. Pola tipikal masalah rambut lelaki bermula dari garis rambut. Garis rambut akan beransur-ansur membentuk corak-corak “M”,”O”,”A” atau “O+M”.

Rambut yang ada akan menjadi semakin halus dan pendek. Rambut di puncak kepala juga mula menipis. Kesudahannya hujung garis rambut akan bertemu puncak kepala yang menipis, meninggalkan bentuk ladam kuda di bahagian sisi kepala.

Kebanyakan lelaki secara genetik terdedah kepada corak kebotakan lelaki. Ianya adalah kesan hormon pada folikel rambut yang mengakibatkan corak kebotakan lelaki. Kehilangan rambut ini adalah diakibatkan oleh dihydrotestosterone (DHT).

corak kebotakan lelaki

 

Melanggani Buletin Kami