1300-888-101
whatsapp017-4568101

Dermatitis Seborrheic

Apakah keguguran rambut seborrheic ?

Keguguran rambut seborrheic dalah sejenis keguguran rambut akibat dari pengeluaran sebum berlebihan dan keadaan berminyak yang keterlaluan pada kulit kepala.Kejadian keguguran rambut seborrheic adalah tinggi di kalangan lelaki, kebiasaannya bermula dari akhil baligh. Rambut pada dahi dan kedua-dua belah kepala akan menjadi nipis dan berterusan menipis akibat dari pengecutan folikel. Bahagian atas kepala mungkin akan botak pada sekitar umur 40an.

Mengapakah keguguran rambut serborrheic dibahagikan kepada dua jenis: berminyak dan kering ?

Pertambahan hormon lelaki, rembesan berlebihan dari kelenjar minyak yang mengakibatkan liang roma tertutup, pengurangan penyerapan zat-zat oleh folikel, pengecutan folikel serta kebotakan.

Genetik, masalah kurang tidur, hormon-hormon tidak seimbang, masalah psikologi serta penggunaan minda berlebihan.

Jenis Berminyak

Sekiranya sebum mengandungi lebih banyak asid berlemak tidak tepu dan nipis, ia akan menghasilkan rambut dan kulit kepala yang berminyak. Ia juga dikenali sebagai jenis rembesan.

Kulit kepala berminyak serta kelemumur yang berminyak dan melekit.

Jenis Kering

Ia berlaku sekiranya sebum mengandungi lebih banyak asid berlemak tepu dan melekit. Ia akan mengakibatkan folikel tertutup dan rambut menjadi kering dan rapuh. Ia juga dikenali sebagai jenis terutup.

Mengakibatkan kelemumur yang mengelupas, kegatalan serius serta rambut kering.

Bagaimanakah cara melegakan keguguran rambut seborrheic ?

  • Pengurusan tekanan.
  • Senaman yang berterusan.
  • Mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan yang digoreng dengan minyak yang banyak.
  • Mengekalkan diet yang seimbang.
  • Penggunaan herba bagi menyuburkan ginjal (FABAO).
  • Membasuh rambut anda setiap hari.
  • Gunakan 7ml pati herba di rumah. Datanglah untuk rawatan sebanyak 3 kali seminggu dan gunakan detoks kulit kepala sebanyak dua kali bagi setiap kali rawatan.

 

Melanggani Buletin Kami