Cara Mulakan Rawatan 101
Rawatan AFT™
Rawatan BTO™
Rawatan DST™ arrow
Rawatan Anti Penuaan Kulit Kepala
Analisa Kulit Kepala Berkomputer
demodex_logo
Apakah Hama Demodex?

Demodex boleh mengeluarkan enzim lipase yang diperlukan oleh Demodex untuk menghadamkan sebum yang dimakannya. Lipase boleh memberi kesan buruk terhadap kualiti, keadaan dan rupa kulit kepala serta rambut anda. Hama Demodex tidak kelihatan pada mata kasar dan kebiasaannya berukuran panjang antara 100 – 300 mikron. Terdapat pelbagai tanda berbeza wujudnya aktiviti-aktiviti demodex. Salah satu tanda yang paling ketara adalah kegatalan, perasaan seperti ada sesuatu yang merayap pada atas wajah atau (dan) pada kulit kepala. Namun pada hampir setiap masa, mungkin tiada kegatalan langsung, dan penghidapnya tidak sedar bahawa mereka dijangkiti oleh hama Demodex.

demodex1 demodex2 demodex3

Sekiranya hama ini tidak dirawati, populasi hama ini akan meningkat secara dramatik, mengakibatkan masalah penipisan rambut. Keguguran rambut, dan dalam kes-kes tertentu, keguguran rambut pra-matang juga boleh dihubungkait dengan aktiviti demodex folliculorum yang berlanjutan.

Apakah dilakukan oleh hama folikel Demodex?

Hama folikel Demodex hidup dalam kelenjar sebum dan folikel-folikel rambut, menghisap zat-zat dari akar rambut dan merosakkan dinding-dinding sel. Selepas bersenyawa, mereka akan mengorek ke dalam kulit, mengeluarkan telur-telur, menghasilkan bakteria serta jangkitan pada kulit. Sepanjang lima fasa kitaran hidup mereka, hama-hama ini merosakkan kulit secara mengeluarkan sisa-sisa dan cairan, meninggalkan telur-telur serta mati di antara lapisan-lapisannya. Setelah mati, bangkai-bangkai mereka menjadi cecair dan mereput di dalam kulit.

demodex_life_cycle

 

Adakah 101 Hair Care boleh membantu ?

Rawatan Teknologi Penyelesaian DEMODEX (“DEMODEX Solution Technology” / DST) – menghidupkan semula folikel-folikel rambut.

101 Hair Care Centre telah melancarkan TEKNOLOGI & PENYELESAIAN PENEMUAN TERKINI yang mensasarkan kepada masalah hama DEMODEX serta penipisan rambut. Rawatan Teknologi Penyelesaian DEMODEX (DST) telah diuji serta terbukti berkesan dan ianya adalah prosedur-prosedur kosmetik tanpa pembedahan. Di 101 Hair Care Centre, konsultan-konsultan kami akan mengenalpasti hama Demodex di bawah Teknologi Penemuan Terbaru – Mikroskop.

Rawatan Teknologi Penyelesaian DEMODEX (DST) akan dicantumkan bersama Ozon bagi membunuh pelbagai jenis kuman dan bakteria pada rambut dan di atas kepala, yang kemudiannya akan menghasilkan lebih banyak oksigen kepada folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Rawatan DST juga menggabungkan Tenaga Infra-Merah bagi memperbaiki pengedaran darah.